ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN XXXIII - PERUNTUKAN AM



Seksyen 248. Notis untuk mengakui fakta atau dokumen.

Apabila bukti sesuatu fakta berkaitan atau dokumen berkaitan itu susah atau mahal untuk dibuktikan, pihak yang menanggung beban membuktikannya itu boleh dengan memberi notis menghendaki mana-mana pihak lawan mengakui hal itu bagi maksud prosiding khas sahaja dan tertakluk kepada pengecualian yang patut sahaja. Sesuatu pengakuan sedemikian boleh juga dibuat dengan surat. Jika pengakuan itu tidak dibuat dan Mahkamah berpendapat bahawa dalam keadaan itu adalah tidak berpatutan ia tidak membuatnya, Mahkamah boleh memerintah pihak itu untuk membayar kos bagi membuktikan fakta atau dokumen itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.