ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN III - CARA MEMULAKAN PROSIDING MAL
BAB 2 - SAMAN



Seksyen 11. Masa penyampaian

(1) Bagi maksud penyampaian, setiap saman hendaklah sah pada mulanya selama dua belas bulan bermula dari tarikh pengeluarannya.

(2) Jika sesuatu saman belum lagi disampaikan kepada defendan dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1), suatu permohonan boleh dibuat kepada Mahkamah untuk melanjutkan tempoh keesahan saman itu sebelum tarikh habis tempoh saman itu atau mana-mana hari kemudian daripada itu, jika ada, sebagaimana yang dibenarkan oleh Mahkamah.

(3) Mahkamah boleh melalui perintah melanjutkan tempoh keesahan saman itu dari semasa ke semasa selama apa-apa tempoh, yang tidak melebihi dua belas bulan pada mana-mana satu ketika, yang bermula dari hari yang mengikuti hari saman itu akan, kalau tidak kerana lanjutan itu, habis tempoh.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.