ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXI - SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN, WARAN TANGKAP DAN LAIN-LAIN



Seksyen 165. Saman penghutang penghakiman.

(1) Tertakluk kepada sub-seksyen (2) seorang pemiutang penghakiman boleh menyaman mana-mana orang yang boleh diperiksa melalui satu saman yang di dalam Bahagian ini disebut sebagai saman penghutang penghakiman dalam Borang 22 Saman itu hendaklah diserahkan kepada penghutang penghakiman sendiri tidak kurang daripada lima hari genap sebelum hari yang ditetapkan untuk perbicaraan kecuali jika Mahkamah memerintah sebaliknya.

(2) Dalam mana-mana kes di bawah seksyen 137 tiada saman penghutang penghakiman boleh dikeluarkan kecuali dengan izin yang diberi mengikut seksyen itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.