ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN III - DARIHAL SUBAHAT



Seksyen 46. Menyembunyikan rancangan hendak melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara.

Sesiapa, yang bermaksud hendak memudahkan, atau yang ketahui mungkin bahawa ia akan dengan jalan demikian itu memudahkan, berlakunya sesuatu kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara, dengan sengaja menyembunyikan dengan apa-apa perbuatan atau apa-apa ketinggalan yang menyalahi undang-undang, adanya suatu rancangan hendak melakukan kesalahan itu, atau membuat apa-apa pernyataan yang ia mengetahui sebagai palsu berkenaan dengan rancangan itu, hendaklah, jika kesalahan itu dilakukan, dihukum dengan penjara yang ada diperuntukkan bagi kesalahan itu selama tempoh yang boleh sampai seperempat dan, jika kesalahan itu tidak dilakukan, selama tempoh yang boleh sampai seperlapan daripada tempoh penjara itu yang lama sekali, atau denda sebagaimana yang ada diperuntukkan bagi kesalahan itu atau dengan kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.