ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - KECUALIAN AM



Seksyen 6. Perbuatan yang dilakukan menurut kehakiman atau perintah Mahkamah.

Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa yang dilakukan pada menurut penghakiman atau perintah Mahkamah, jika dilakukan dalam masa penghakiman atau perintah itu masih berjalan kuatkuasanya, walaupun Mahkamah itu mungkin tidak mempunyai bidangkuasa meluluskan penghakiman atau perintah itu, dengan syarat orang yang melakukan perbuatan itu percaya dengan suci hati bahawa Mahkamah itu ada mempunyai bidangkuasa itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.