ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN V - KEWANGAN
Zakat dan Fitrah



Seksyen 78. Resit-resit dan kira-kira.

(1) Majlis hendaklah mengeluarkan resit-resit yang berseturut nombornya di dalam borang yang ditetapkan bagi tiap-tiap pengeluaran zakat dan fitrah, sama ada dengan wang tunai atau dengan benda yang dikeluarkan.

(2) Semua zakat dan fitrah yang diterima oleh Majlis hendaklah dimasuk kira-kira dan hendaklah dipegang, disimpan, dan diselenggarakan oleh Majlis mengikut cara sebagaimana yang diperintah oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan dengan nasihat Majlis.

(3) Majlis hendaklah menyebabkan supaya semua kira-kira zakat fitrah itu diaudit, bagi maksud ini Majlis bolehlah melantik dan menggaji pegawai-pegawai audit.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.