ENAKMEN 16 TAHUN 1992
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1992

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VIII - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 106. Penyingkiran keterangan bagi menyangkai jawapan-jawapan kepada soalan-soalan yang menguji kebenaran.

Apabila seseorang saksi telah ditanya dan telah menjawab sesuatu soalan yang berkaitan dengan siasatan itu hanya setakat yang boleh melemahkan kebenarannya dengan membencanakan wataknya, maka tiadalah apa-apa keterangan boleh diberi bagi menyangkal, akan tetapi jika dia menjawab dengan palsunya dia bolehlah kemudiannya dipertuduhkan kerana memberi keterangan palsu.

Kecualian 1 - Jika seseorang saksi ditanya sama ada dia dahulunya telah disabitkan atas apa-apa kesalahan dan dia menafikannya, maka keterangan bolehlah diberi mengenai sabitan yang dahulu itu.

Kecualian 2 - Jika seseorang saksi ditanya apa-apa yang boleh mencabar kesaksamaannya dan dia menjawab dengan menafikan fakta-fakta yang dibayangkan itu, maka dia boleh disangkal.

MISALAN-MISALAN





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.