ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH 2004

BAHAGIAN IV - MASJID



Seksyen 64. Tempoh jawatan Pegawai Masjid

(1) Pelantikan seseorang Pegawai Masjid selain Imam dan Bilal bagi masjid yang ditetapkan di bawah subseksyen 62(2) atau disifatkan telah dilantik di bawah subseksyen 62(5) sebagai Pegawai Masjid, boleh ditamatkan dengan notis bertulis oleh Majlis.

(2) Tiada seorang pun Pegawai Masjid yang dilantik atau disifatkan dilantik di bawah subseksyen 62(5) boleh terus memegang jawatan itu selepas mencapai umur enam puluh tahun.

Dengan syarat Majlis boleh, jika difikirkannya sesuai, melantik mana-mana orang yang menjadi Pegawai Masjid walaupun orang itu telah mencapai umur 60 tahun atau melanjutkan tempoh perkhidmatan Pegawai Masjid yang telah mencapai umur 60 tahun.

(3) Setiausaha hendaklah memaklumkan kepada Majlis, apa-apa kelakuan mana-mana Pegawai Masjid, sama ada yang berhubungan dengan tugas-tugasnya yang mencemarkan namanya sebagai Pegawai Masjid atau selainnya, dan membuat apa-apa syor yang munasabah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.