ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN



Seksyen 53. Penyenggaraan Daftar Perceraian dan Pembatalan.

(1) Tiap-tiap Pendaftar dan juga Ketua Pendaftar hendaklah masing-masing menyenggara suatu Daftar Perceraian dan Pembatalan dan hendaklah serta-merta mencatatkan di dalamnya butir-butir yang ditetapkan mengenai semua perintah perceraian atau pembatalan yang dihantar kepadanya di bawah subseksyen (2) dan mengenai semua perintah perceraian dan pembatalan yang dipohon di bawah subseksyen (3) bagi pendaftaran.

(2) Tiap-tiap Mahkamah yang memberi dan merekodkan sesuatu perintah perceraian atau pembatalan atau yang membenar dan merekodkan sesuatu talaq atau apa-apa bentuk perceraian lain hendaklah serta-merta menghantar satu salinan rekod itu yang diperakui sah kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar bagi pendaftaran.

(3) Jika sesuatu perkahwinan yang diakadnikahkan daIam Negeri adaIah dibubarkan atau dibataIkan dengan suatu perintah Mahkamah yang berbidang kuasa kompeten di luar Negeri, salah satu daripada pihak-pihak itu boleh memohon kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar bagi mendaftarkan perintah itu, dan Pendaftar yang berkenaan dan Ketua Pendaftar hendaklah mendaftarkan perintah itu apabila berpuas hati bahawa perintah itu adaIah satu perintah yang patut diiktiraf sebagai sah bagi maksud-maksud undang-undang daIam Negeri.

(4) Jika sesuatu pelafazan talaq di hadapan Mahkamah atau sesuatu perintah perceraian atau pembatalan, di mana jua telah diberi, telah membubarkan sesuatu perkahwinan yang telah diakadnikahkan daIam Negeri dan telah didaftarkan di bawah Ordinan ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa sebelum tarikh ditetapkan, Pendaftar yang berkenaan dan Ketua Pendaftar hendaklah, apabila mendaftarkan talaq atau perintah itu, menyebabkan supaya catatan mengenai perkahwinan itu daIam Daftar Perkahwinan ditandakan dengan perkataan "Dibubarkan" dan dengan membuat rujukan mengenai prosiding daIam mana talaq itu telah dilafazkan atau perintah itu telah dibuat.

(5) Apabila mendaftarkan talaq atau perintah perceraian atau pembatalan itu dan apabila dibayar kepadanya fi yang ditetapkan, Ketua Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat perakuan cerai atau pembatalan dalam borang yang ditetapkan kepada kedua-dua pihak itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.