ENAKMEN 7 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (PERAK) 2004

BAHAGIAN IV - PIHAK-PIHAK
BAB 3 - ORANG MISKIN



Seksyen 31. Permohonan untuk mendakwa atau membela sebagai orang miskin

(1) Mana-mana orang yang berhasrat untuk memulakan atau membela apa-apa tindakan atau prosiding lain mengikut haknya sendiri, dan tidak berupaya membayar fi Mahkamah baginya, boleh memohon kepada Mahkamah untuk kebenaran mendakwa atau membela sebagai orang miskin.

(2) Permohon di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam Borang MS 4 dan disokong dengan afidavit yang mengandungi butir-butir yang berikut:

(3) Afidavit itu hendaklah disediakan oleh pemohon atau oleh seorang pegawai Mahkamah yang berkenaan dan hendaklah ditentusahkan di hadapan seorang Hakim atau Pendaftar.

(4) Jika Mahkamah berpuas hati-----
(5) Jika suatu perintah dibuat di bawah subseksyen (4), saman dan proses lain dalam tindakan atau prosiding lain itu dan catatan yang berkaitan dalam buku kausa hendaklah ditanda "orang miskin".

(6) Jika Mahkamah tidak berpuas hati sedemikian Mahkamah hendaklah menolak permohonan itu dan tiada rayuan boleh dibuat terhadap penolakan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.