ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994
BAHAGIAN II - BUKTI
BAB V - KETERANGAN DOKUMENTAR
Anggapan tentang Dokumen
Seksyen 65. Anggapan tentang Warta, akhbar, dll.
Mahkamah hendaklah menganggap tulen tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai
Warta
Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Negeri, atau sebagai sebuah akhbar, jurnal atau majalah dan tiap-tiap dokumen yang berupa dokumen yang diarah oleh mana-mana undang-undang supaya disimpan oleh sesiapa jua, jika dokumen itu disimpan seberapa bolehnya mengikut cara yang dikehendaki oleh undang-undang dan dikeluarkan daripada simpanan yang sepatutnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.