ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 4 - KETERANGAN LISAN



Seksyen 47. Keterangan lisan mestilah secara terus.

(1) Keterangan lisan mestilah dalam segala hal apa pun diberi secara terus-
(2) Pendapat pakar yang dinyatakan di dalam buku ilmiah yang biasanya ada dijual dan alasan bagi memegang pendapat itu bolehlah dibuktikan dengan buku ilmiah itu.

(3) Jika keterangan lisan menyatakan kewujudan sesuatu benda atau keadaan sesuatu benda, yang lain daripada suratan maka Mahkamah boleh, jika difikirkan patut, mengkehendaki benda itu dikemukakan untuk pemeriksaannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.