ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN III - HARTABENDA-HARTABENDA AMANAH DAN KEWANGAN MAJLIS
BAITULMAL



Seksyen 45. Tanggungjawab pemegang wasiat.

(1) Hendaklah menjadi kewajipan kepada tiap-tiap pemegang wasiat kepada seseorang Islam yang mati dan tiap-tiap pentadbir pesaka harta-harta seseorang Islam, jika ada mana-mana bahagian harta-harta tersebut terletakhak kepada Baitulmal yang terletak di dalam Negeri ini, melaporkan hal itu kepada Yang Dipertua dan mengemukakan suatu penyata kira-kira yang betul dan lengkap mengenai nilai dan jenis harta pesaka itu dalam tempoh tidak lebih dari sebulan dari tarikh dia menerima probet dan surat kuasa mentadbir pesaka atau dalam tempoh tertentu melebihi sebulan, jika dibenarkan oleh Yang Dipertua.

(2) Tiap-tiap pemegang wasiat atau pentadbir harta pesaka hendaklah membayar kepada Majlis wang yang sama dengan nilai harga mana-mana bahagian harta yang terletakhak kepada Baitulmal dalam tempoh yang ditetapkan oleh Yang Dipertua dengan secara bertulis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.