ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VIII - PERKARA AM



Seksyen 224. Pampasan di mana pertuduhan dibuat tanpa alasan.

Apabila mana-mana orang menyebabkan Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis menangkap seseorang, dan Hakim yang membicarakan kes itu berpendapat bahawa tidak ada alasan yang mencukupi yang boleh menyebabkan orang itu ditangkap, Hakim boleh mengaward pampasan, yang tidak lebih daripada seratus ringgit, yang akan dibayar oleh orang yang menyebabkan penangkapan jtu kepada setiap orang yang ditangkap itu kerana kerugian masanya dan lain-lain perbelanjaan yang dialami olehnya sebagaimana difikirkan patut oleh Hakim.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.