ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 3 - PERTUDUHAN



Seksyen 87. Memanggil balik saksi-saksi apabila pertuduhan dipinda atau ditambah.

Apabila suatu pertuduhan telah dipinda atau ditambah oleh Mahkamah selepas perbicaraan dimulakan, Pendakwa dan tertuduh hendaklah dibenarkan memanggil atau menyaman balik dan memeriksa, berhubung dengan pindaan atau tambahan itu, mana-mana saksi yang telah diperiksa, dan boleh juga memanggil mana-mana keterangan yang material selanjutnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.