ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXVII - ORANG TAK SEMPURNA AKAL



Seksyen 213. Melepaskan orang yang tidak sempurna akal sementara menunggukan penyiasatan atau perbicaraan.

(1) Apabila orang yang dituduh didapati tidak sempurna akalnya dan tidak berupaya membela dirinya jika kesalahan yang dituduh ke atasnya itu kesalahan yang boleh dijamin, Hakim boleh, atas budibicaranya, melepaskannya atas jaminan yang mencukupi diberi supaya dia hendaklah dijaga dengan secukupnya dan hendaklah dihalang daripada mencederakan dirinya sendiri atau mana-mana orang lain, dan untuk kehadirannya di hadapan Hakim bila dikehendaki atau mana-mana pegawai lain yang dilantik oleh Hakim bagi pihaknya.

(2) Jika kesalahan yang dituduh itu adalah tidak boleh dijamin atau jika jaminan yang mencukupi tidak diberi, Hakim hendaklah melaporkan kes itu kepada Yang di-Pertuan Besar, dan Yang di-Pertuan Besar, boleh mengikut budibicaranya memerintahkan orang yang dituduh itu dikurung di hospital mental, dan Hakim hendaklah menjalankan perintah tersebut.

(3) Sementara menantikan perintah Yang di-Pertuan Besar orang yang dituduh itu bolehlah dikomitkan ke hospital mental untuk jagaan selamat.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.