ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Relif-Relief Lain



Seksyen 107. Perintah tegahan

(1) Mahkamah hendalah mempunyai kuasa dalam masa perbicaraan hal ehwal suami isteri yang masih belum selesai atau pada atau selepas pemberian suatu perintah perceraian, fasakh, atau pembatalan, untuk memerintahkan mana-mana orang menahan dirinya daripada mengganggu atau menceroboh dengan apa-apa cara pun ke atas suami atau isteri atau bekas suami atau bekas isterinya.

(2) Kegagalan mematuhi suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dikenakan hukuman sebagai suatu penghinaan Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.