ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VIII - Pemeriksaan Saksi



Seksyen 96. Bila soalan-soalan memimpin tidak boleh ditanya.

(1) Soalan-soalan memimpin tidaklah boleh sekali-kali, sekiranya dibantah oleh pihak lawan, ditanya di dalam sesuatu pemeriksaan utama atau di dalam sesuatu pemeriksaan semula, kecuali dengan mendapat kebenaran Mahkamah.

(2) Mahkamah hendaklah membenarkan soalan-soalan memimpin berkenaan dengan perkara-perkara permulaan atau yang tidak dipertikaikan, atau yang telah, pada pendapatnya, dibuktikan dengan secukupnya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.