ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN X - AM



Seksyen 136. Pemansuhan

(1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 1984 [Enakmen Bil. 13 Tahun 1984] dimansuhkan.

(2) Semua prosiding yang telah dimulakan di bawah Enakmen yang dimansuhkan hendaklah berterusan seolah-olah Enakmen ini tidak diluluskan.

(3) Pemansuhan ini tidaklah menyentuh perjalanan terdahulu Enakmen yang dimansuhkan atau apa-apa perkara yang dilakukan atau tertanggung di bawahnya atau apa-apa hak, keistimewaan, kewajipan atau liabiliti yang diperoleh, terakru atau dilakukan di bawahnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.