ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH 2004

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain -

"ahli kariah" ertinya seseorang yang tinggal tetap atau pada kelazimannya bermukim dalam sesuatu kariah masjid;

"Enakmen terdahulu" ertinya Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam No. 13 Tahun 1992;

"Hukum Syarak" ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Syafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Hanafi, Maliki, atau Hanbali;

"Imam" ertinya pegawai yang dilantik di bawah seksyen 62(1);

"Jawatankuasa Kariah" ertinya Jawatankuasa Kariah yang ditubuhkan melalui kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 66 (1);

"Kariah masjid", berhubung dengan sesuatu masjid, ertinya kawasan yang sempadannya ditentukan menurut seksyen 60(3) dalam mana masjid itu terletak;

"Kumpulan Wang" ertinya Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 45;

"Majlis" ertinya Majlis Ugama Islam Negeri Sabah yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4(1);

"Majlis terdahulu" ertinya Majlis Ugama Islam Negeri Sabah yang ditubuhkan di bawah Enakmen terdahulu;

"masjid" ertinya suatu bangunan -

dan termasuklah mana-mana surau, madrasah atau bangunan lain yang ditetapkan oleh Majlis sebagai masjid di bawah seksyen itu;

"Menteri" ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pentadbiran hal ehwal agama Islam di negeri Sabah;

"Muallaf' ertinya seseorang yang baru memeluk agama Islam di bawah seksyen 69;

"Mufti" ertinya orang yang dilantik menjadi Mufti Kerajaan bagi Negeri Sabah di bawah Enakmen Fatwa 2004;

"Nazr" ertinya suatu ikrar yang dilafazkan untuk melakukan sesuatu perbuatan bagi apa-apa maksud yang dibenarkan oleh Hukum Syarak;

"Nazr 'am" ertinya sesuatu nazr yang dimaksudkan keseluruhannya atau sebahagiannya bagi faedah masyarakat Islam pada amnya atau mana-mana bahagian masyarakat Islam, dan tidak bagi orang atau orang-orang perseorangan;

"orang Islam" ertinya-
"Pegawai Masjid" ertinya Imam, Bilal, Pembantu Bilal bagi sesuatu masjid;

"Pengerusi" ertinya Pengerusi Majlis yang dilantik di bawah subseksyen 11 (1);

"Setiausaha" ertinya Setiausaha Majlis yang tersebut dalam seksyen 17;

"wakaf' ertinya apa-apa harta yang boleh dinikmati manfaat atau faedahnya untuk apa-apa tujuan khairat sama ada sebagai wakaf am atau wakaf khas menurut Hukum Syarak, tetapi tidak termasuk amanah sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208];

"wakaf am" ertinya sesuatu wakaf yang diwujudkan bagi tujuan khairat umum menurut Hukum Syarak;

"wakaf khas" ertinya sesuatu wakaf yang diwujudkan bagi tujuan khairat khusus menurut Hukum Syarak.

(2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini dan tidak ditakrifkan dalam Enakmen ini tetapi ditakrifkan dalam Enakmen Tafsiran dan Fasal-fasal Am 1963 hendaklah mempunyai masing-masing erti yang diberikan kepadanya setakat yang erti itu tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.

(3) Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau pentafsiran perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.