ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEMERIKSA AGAMA DAN KUASA-KUASA MENYIASAT
BAB IV



Seksyen 54. Prosedur.

(1) Maklumat-maklumat selain daripada maklumat di bawah seksyen 53 daripada Enakmen ini hendaklah disampaikan kepada Kadi seperti Borang G dalam Jadual Pertama.

(2) Tidaklah boleh seseorang Pemeriksa Agama dalam kes yang selain daripada yang tersebut di dalam subseksyen (1) seksyen 19 menjalankan apa-apa kuasa khas berhubung dengan penyiasatan-penyiasatan yang diberi oleh Bab ini tanpa perintah Pendakwa.

(3) Mana-mana Pemeriksa Agama yang mendapat perintah tersebut boleh menjalankan kuasa-kuasa berkaitan dengan penyiasatan yang diberi di bawah Bab ini kecuali kuasa menangkap tanpa waran.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.