ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang dan Harta



Seksyen 105. Kuasa Mahkamah untuk menghalang anak dibawa keluar dari Malaysia

(1) Mahkamah boleh, atas permohonan bapa atau ibu seseorang anak-


mengeluarkan suatu injunksi menghalang ibu atau bapa yang satu lagi itu daripada membawa anak itu keluar dari Malaysia atau Mahkamah boleh membenarkan anak itu di bawa keluar dari Malaysia sama ada tanpa syarat atau tertakluk kepada apa-apa syarat atau aku janji yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

(2) Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana orang yang berkepentingan, mengeluarkan suatu injunksi menghalang mana-mana orang, selain orang yang mempunyai jagaan ke atas kanak-kanak itu, daripada membawa seseorang kanak-kanak keluar dari Malaysia.

(3) Kegagalan mematuhi suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dikenakan hukuman sebagai suatu penghinaan Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.