ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN IV - MASJID



Seksyen 83. Membaiki dan menyelia masjid-masjid.

(1) Hendaklah menjadi tanggungjawab Majlis, membaiki dari semasa ke semasa sebagaimana yang mustahak dan menjaga dengan baik semua masjid di dalam Negeri. Majlis bolehlah memungut dan menggunakan atau memberi kuasa memungut dan menggunakan derma-derma khas untuk tujuan tersebut, atau membayar belanja-belanja yang dikehendaki baginya daripada Kumpulan Wang Pentadbiran Am.

(2) Pegawai masjid hendaklah memberitahu Majlis dengan segera apabila berlaku keadaan yang memerlukan pembaikan segera bagi masjid di bawah jagaannya dan hendaklah mengawasi mana-mana pembaikan itu sebagai wakil bagi pihak Majlis.

(3) Tiada pengubahsuaian kepada bentuk masjid boleh dibuat tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis.

(4) Yang Dipertua boleh mengarahkan atau memberi kebenaran membaiki mana-mana masjid tanpa mengubah bentuk asalnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.