ENAKMEN 13 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992

BAHAGIAN IV - MASJID



Seksyen 57. Peramanahan masjid-masjid dan tanah-tanah yang berkaitan.

Walau apa pun apa-apa peruntukan yang berlawanan dalam mana-mana suratcara bertulis, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah bagi semua masjid dalam Negeri Sabah, dan tiap-tiap masjid bersama-sama dengan tanah yang diatasnya terdiri masjid itu dan mana-mana tanah yang berhubung dengan dan digunakan bagi maksud-maksud masjid itu, selain daripada tanah Kerajaan atau tanah yang dirizab bagi maksud awam, hendaklah, sebaik sahaja didaftarkan di bawah Ordinan Tanah Bab 68 dan tanpa apa-apa pemindahhakkan, penyerahhakkan atau pemindahmilikan, terletakhak pada Majlis bagi maksud-maksud Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.