ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXIII - PERBICARAAN BANTAHAN



Seksyen 184. Pelepasan harta.

(1) Jika pemiutang pelaksanaan tidak, dalam tempoh tiga hari selepas disampaikan kepadanya bantahan itu, meminta bailif melepaskan harta itu, ia adalah disifatkan mempertikaikan bantahan itu.

(2) Jika pemiutang pelaksanaan tidak mempertikaikan bantahan itu ia tidak boleh, dalam ketiadaan hal istimewa, dikenakan membayar ganti rugi tetapi ia hendaklah dikenakan membayar kepada pembantah perbelanjaan dan kos yang munasabah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.