ENAKMEN 10 TAHUN 1996
ENAKMEN KAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996
BAHAGIAN III - PENDAFTARAN SEKOLAH-SEKOLAH
Seksyen 7. Perkara-perkara untuk pertimbangan Pendaftar sebelum keputusan.
Bagi maksud mempertimbangkan permohonan di bawah seksyen 6 Pendaftar hendaklah mengambilkira perkara-perkara yang berikut:
(a)
kesesuaian sekolah atau bangunan atas alasan-alasan kesihatan dan keselamatan;
(b)
sumber kewangan untuk menyenggarakan sekolah;
(c)
keperluan mendirikan satu lagi sekolah dalam kawasan yang sama;
(d)
penggunaan sekolah itu tidak bagi maksud yang mungkin memudaratkan kepentingan Negeri atau Persekutuan; dan
(e)
perkara-perkara lain yang dia fikfirkan patut dipertimbangkan untuk meluluskan permohonan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.