ENAKMEN 13 TAHUN 1984
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1984

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Bab 1 - Penjagaan ke atas Orang dan Harta



Seksyen 86. Perlantikan penjaga-penjaga oleh Mahkamah

(1) Jika tidak ada penjaga-penjaga di sisi undang-undang, maka kewajipan bagi melantik seseorang penjaga untuk memperlindungi dan memelihara harta kanak-kanak itu adalah terletak ke atas Mahkamah dan pada membuat sesuatu perlantikan Mahkamah hendaklah terutama sekali memberi pertimbangan-pertimbangan kepada kebajikan kanak-kanak itu.

(2) Pada menimbangkan apakah akan menjadi kebajikan bagi kanak-kanak itu, Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang umur dan jantina kanak-kanak itu, watak dan kebolehan penjaga yang dicadangkan itu dan bagaimana karibnya persaudaraannya dengan kanak-kanak itu; kemahuan-kemahuan, jika ada, ibubapanya yang telah mati, dan apa-apa hubungan penjaga yang dicadangkan itu yang sedia ada dan yang dahulu dengan kanak-kanak itu atau dengan hartanya, dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur membolehkannya untuk membuat sesuatu pilihan yang bijak, maka Mahkamah boleh menimbangkan pilihannya itu.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.