ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN V - PEMELUKAN AGAMA ISLAM



Seksyen 71. Pengiktirafan saudara baru sebagai orang Islam.


(1) Seseorang yang pemelukannya ke Agama Islam telah pun didaftarkan dalam Daftar Saudara Baru hendaklah bagi semua maksud, termasuk maksud mana-mana Undang-undang Persekutuan atau Undang-undang Negeri dan pada orang Islam setiap masa, disifatkan sebagai seorang Islam.

(2) Seseorang yang memeluk Agama Islam yang telah didaftarkan di bawah undang-undang mana-mana Negeri hendaklah bagi semua maksud di Negeri ini dan bagi maksud menguatkuasakan peruntukan mana-mana undang-undang di Negeri ini, disifatkan sebagai seorang Islam.

(3) Seseorang saudara baru yang telah memeluk Agama Islam menurut Bahagian ini, dan kemudiannya memutuskan untuk keluar daripada Agama ini hendaklah melaporkan keputusan tersebut kepada Pendaftar Saudara Baru dan Pendaftar Saudara Baru hendaklah merujuk perkara tersebut kepada Mahkamah Syariah. Sebelum keputusan tersebut dilaporkan dan didaftarkan, dia hendaklah disifatkan masih seorang Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.