ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XIII - PENYELESAIAN, PENARIKAN BALIK DAN PEMBERHENTIAN



Seksyen 96. Penarikan balik.

(1) Plaintif boleh atas apa-apa terma, pada bila-bila masa dengan kebenaran Mahkamah sebelum penghakiman, menarik balik apa-apa prosiding sepenuhnya atau sebahagiannya dengan memberi notis dalam Borang MS 18 kepada Mahkamah dan menyampaikan satu salinannya kepada defendan dan semua pihak lain dalam prosiding itu.

(2) Jika plaintif menarik balik mana-mana prosiding di bawah subseksyen (1), defendan adalah berhak kepada kos prosiding itu mengikut budi bicara Hakim.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.