ENAKMEN 3 TAHUN 1987
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1987

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 6. Perkahwinan yang masih berterusan hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini.


(1) Tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini boleh menyentuh sahnya sesuatu perkahwinan orang Islam yang telah diakadnikahkan di bawah mana-mana undang-undang di mana jua pun sebelum tarikh yang ditetapkan.

(2) Perkahwinan sedemikian, jika sah di bawah undang-undang yang di bawahnya ia telah diakadnikahkan, hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini.

(3) Tiap-tiap perkahwinan sedemikian, melainkan jika tidak sah di bawah undang-undang yang di bawahnya ia telah diakadnikahkan, hendaklah berterusan sehingga dibubarkan-





Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.