ENAKMEN 14 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 2 - PENGUATKUASAAN



Seksyen 153. Pelaksanaan oleh atau terhadap orang yang bukan pihak

(1) Mana-mana orang, yang bukan pihak dalam sesuatu kausa atau perkara, yang mendapat suatu perintah atau yang bagi faedahnya suatu perintah dibuat, berhak menguatkuasakan pematuhan perintah itu melalui proses yang sama seolah-olah dia pihak dalam kausa atau perkara itu.

(2) Mana-mana orang, yang bukan pihak dalam sesuatu kausa atau perkara, yang terhadapnya pematuhan kepada mana-mana penghakiman atau perintah boleh dikuatkuasakan, boleh dikenakan proses yang sama bagi menguatkuasakan pematuhan penghakiman atau perintah itu seolah-olah dia pihak dalam kausa atau perkara itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.