ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN VII
BAB XXIX - PERKARA AM



Seksyen 232. Orang yang dibebaskan atas jaminan hendaklah memberi alamat untuk penyerahan.

Jika seseorang dibebaskan atas jaminan, dia hendaklah memberi kepada Mahkamah atau pegawai yang membenarkan jaminan itu, alamat di mana semua notis dan proses Mahkamah boleh diserahkan kepadanya dan jika orang itu tidak boleh dijumpai atau atas sebab-sebab lain penyerahan ke atasnya tidak dapat dilaksanakan, notis atau proses yang ditinggalkan untuk orang itu di alamat yang diberi olehnya hendaklah dianggap sebagai telah diserahkan kepadanya dengan sempurna.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.