ENAKMEN 14 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN XVII - RAYUAN



Seksyen 139. Notis rayuan

(1) Sesuatu rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rendah Syariah hendaklah dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah, dan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah dibuat kepada Mahkamah Rayuan Syariah.

(2) Suatu rayuan hendaklah dibuat dengan memberikan notis rayuan dalam Borang MS 29.

(3) Seseorang perayu boleh merayu terhadap keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada sesuatu keputusan.

(4) Notis rayuan hendaklah difailkan dalam masa empat belas hari dari hari keputusan itu diumumkan, dan hendaklah menyatakan sama ada keseluruhan atau sebahagian sahaja, dan bahagian yang mana, keputusan itu yang dirayukan.

(5) Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat hendaklah, apabila menerima notis rayuan itu dan setelah dibayar fi yang ditetapkan, membekalkan kepada perayu salinan diperakui bagi nota-nota keterangan dan penghakiman.

(6) Sebaik sahaja salinan diperakui itu siap, Mahkamah hendaklah memberitahu perayu dalam Borang MS 30.

(7) Dalam masa empat belas hari dari penerimaan pemberitahuan di bawah subseksyen (6), perayu hendaklah, melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah—

(8) Notis rayuan hendaklah disampaikan oleh perayu dalam masa yang dihadkan bagi pemfailan rayuan kepada semua pihak yang terlibat dengan rayuan itu atau kepada Peguam Syarie mereka masing-masing.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.