ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN VII - MASJID



Seksyen 88. Pelantikan Pegawai Masjid.

(1) Bagi tiap-tiap masjid dalam Negeri Melaka hendaklah dilantik seorang atau beberapa orang Imam, Bilal dan Pembantu Bilal.

(2) Bagi tiap-tiap masjid yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Majlis dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Imam dan Bilal hendaklah dilantik dari kalangan pegawai dalam perkhidmatan awam Negeri Melaka, perkhidmatan awam am Persekutuan atau perkhidmatan bersama.

(3) Bagi tiap-tiap masjid yang tidak ditetapkan di bawah subseksyen (2) Majlis hendaklah melantik Imam dan Bilal dari kalangan ahli kariah bagi masjid itu.

(4) Pembantu Bilal bagi sesuatu masjid hendaklah dilantik dari kalangan ahli kariah bagi masjid itu.

(5) Apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, tiap-tiap orang yang sebaik sebelum seksyen ini mula berkuat kuasa ialah Imam, Bilal atau Pembantu Bilal bagi masjid yang ditetapkan di bawah Enakmen terdahulu hendaklah masing-masing disifatkan telah dilantik dengan sewajarnya di bawah seksyen ini sebagai Imam, Bilal atau Pembantu Bilal masjid itu dan hendaklah, tertakluk kepada seksyen 90, terus memegang jawatan sebagai Imam, Bilal atau Pembantu Bilal masjid itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.