ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Proses untuk Memaksa Kehadiran - Kes Mal



Seksyen 82. Prosedur penyerahan saman.

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Bahagian ini dan terutamanya kepada peruntukan- peruntukan berhubung dengan serahan ganti, penyerahan apa-apa suratan hendaklah dengan cara menyerahkan kepada penerimanya sendiri, dan hendaklah dilaksanakan dengan cara menyerahkan salinan asal suratan itu atau menunjukkannya untuk diperiksa dan menyerahkan satu salinannya.

(2) Satu salinan yang mengandungi meterai atau cap Mahkamah dan tandatangan pegawainya yang betul hendaklah, bagi maksud subseksyen (1), dianggap sebagai salinan yang asal suratan itu. (3) Penyerahan hendaklah dilakukan oleh seorang pegawai Mahkamah yang mengeluarkan suratan itu ataupun pegawai dari Mahkamah lain atau, dengan kebenaran Mahkamah, oleh mana-mana orang lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.