ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal kesalahan mengenai pencelaan agama dan institusinya



Seksyen 56. Membinasakan atau mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mencela Agama Islam.

Mana-mana orang yang membinasakan, merosakkan, atau mencemarkan mana-mana tempat sembahyang, masjid atau surau, atau apa-apa peralatannya, dengan niat dengan jalan demikian itu hendak mencela Agama Islam atau untuk apa niat atau tujuan sekalipun adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.