ENAKMEN 14 TAHUN 1992
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1992

BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH
PENUBUHAN DAN BIDANG KUASA



Seksyen 6. Pelantikan Hakim.

(1) Yang di-Pertua Negeri boleh, atas nasihat Majlis, melantik Ketua Hakim Syarie, Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, dan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

(2) Sebelum mengemukakan nasihatnya mengenai pelantikan seseorang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah atau Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Majlis hendaklah merujuk kepada Ketua Hakim Syarie.

(3) Seseorang itu adalah layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika-

(4) Seseorang yang, sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Enakmen ini, telah memegang jawatan Kadi Besar atau Kadi di bawah seksyen 45 (2) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak, 1977 dan telah melaksanakan fungsi-fungsi kehakiman hendaklah, apabila mula berkuatkuasanya Enakmen ini, layak memegang jawatan sebagai Ketua Hakim Syarie atau Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(5) Semua pelantikan di bawah seksyen ini hendaklah diberitahu dalam Warta.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.