ENAKMEN 13 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 2002
BAHAGIAN XX - PROSIDING INTERLOKUTORI DAN PERINTAH INTERIM
BAB 2 - PERINTAH INTERIM
Seksyen 201. Perintah interim tentang hadhanah.
(1) Tertakluk kepada Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 [
Enakmen No. 12 tahun 2002
], jika Mahkamah berpuas hati, atas permohonan mana-mana pihak untuk mendapatkan
hadhanah
seseorang kanak-kanak dalam apa-apa kausa atau perkara, bahawa hal keadaan memerlukan dibuat suatu perintah interim tentang
hadhanah
kanak-kanak itu, maka Mahkamah boleh membuat perintah sedemikian yang hendaklah berkuat kuasa serta-merta dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga Mahkamah membuat keputusan atas kausa atau perkara itu.
(2) Permohonan yang dibuat di bawah seksyen ini tidak boleh dibuat sebelum tindakan dimulakan kecuali dalam hal yang mendesak dan demi kepentingan keadilan atau pelindungan pemohon atau kanak-kanak itu didapati bahawa campur tangan serta-merta Mahkamah adalah perlu.
(3) Jika pemohon ialah plaintif dan kes itu satu kes yang mendesak, permohonan itu boleh dibuat secara
ex parte
yang hendaklah disokong dengan afidavit dan afidavit itu hendaklah mengandungi suatu pernyataan yang jelas dan ringkas lagi padat—
(a)
tentang fakta-fakta yang membawa kepada tuntutan terhadap defendan dalam prosiding itu;
(b)
tentang fakta-fakta yang membawa kepada tuntutan untuk mendapatkan perintah interim itu;
(c)
tentang fakta-fakta yang menjadi sandaran bagi mewajarkan permohonan secara
ex parte
itu;
(d)
tentang apa-apa fakta yang diketahui oleh pemohon yang mungkin menyebabkan Mahkamah tidak memberikan perintah interim itu;
(e)
tentang sama ada mana-mana permohonan
ex parte
terdahulu yang seumpamanya telah dibuat kepada mana-mana Hakim dan, jika demikian, perintah yang dibuat dalam permohonan terdahulu itu; dan
(f)
tentang relief yang sebenarnya dipohon.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.