ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN I - PERKAITAN
BAB II - Qarinah



Seksyen 9. Nyataan yang perlu menghuraikan atau mengemukakan nyataan yang ada hubungan.

Nyataan yang perlu untuk menghuraikan atau mengemukakan sesuatu nyataan yang menjadi soal atau nyataan yang ada hubungan, atau yang menyokong atau mematahkan sesuatu fahaman yang dibayangkan oleh sesuatu nyataan yang menjadi soal atau nyataan yang ada hubungan atau yang menentukan pengenalan sesuatu atau seseorang yang pengenalannya ada hubungan atau yang menetapkan masa atau tempat di mana sesuatu nyataan yang menjadi soal atau nyataan yang ada hubungan telah berlaku, atau yang menunjukkan hubungan pihak-pihak yang olehnya sesuatu nyataan itu diuruskan adalah qarinah setakat mana nyataan itu adalah perlu bagi maksud itu.
MISALAN


(
a) Soalnya ialah sama ada sesuatu dokumen tertentu adalah wasiat A.

Keadaan harta A dan keadaan keluarganya pada tarikh wasiat yang dikatakan itu boleh menjadi qarinah.

(
b) A dituduh melakukan suatu jenayah.

Nyataan bahawa tidak lama selepas sahaja jenayah itu berlaku, A telah melarikan diri dari rumahnya adalah qarinah di bawah seksyen 8 sebagai kelakuan kemudian yang melibatkan nyataan yang menjadi soal.

Nyataan bahawa pada waktu dia meninggalkan rumahnya itu dia mempunyai urusan yang tiba-tiba dan segera di tempat dia pergi itu adalah qarinah sebagai mungkin menghuraikan nyataan bahawa dia telah meninggalkan rumahnya dengan tiba-tiba.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.