ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB V - PROSES MEMAKSA PENGEMUKAAN DOKUMEN, DLL.
Waran Geledah



Seksyen 46. Hakim boleh mengeluarkan waran memberi kuasa menggeledah untuk keterangan mengenai kesalahan.

Jika seseorang Hakim, atas maklumat dan atas penyiasatan sebagaimana yang difikirkan perlu, mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa sesuatu benda yang merupakan tajuk perkara suatu kesalahan atau sedang atau telah digunakan untuk melakukan suatu kesalahan atau yang perlu bagi penyiasatan terhadap mana-mana kesalahan, boleh didapati di mana-mana tempat, dia boleh dengan waran memberi kuasa kepada orang yang diarahkan dalam waran itu memasuki, dengan bantuan sebagaimana diperlukan, dan menggeledah tempat itu untuk mendapat keterangan atau benda tersebut, dan jika sesuatu yang digeledah itu ditemui, merampasnya dan membawakannya ke hadapan Hakim yang mengeluarkan waran itu atau Hakim yang lain untuk diselesaikan mengikut undang-undang.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.