ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN VI - KEWANGAN
Wakaf, Nazr dan Amanah



Seksyen 82. Pengertian surat cara tentang wakaf atau nazr.

Jika pada pendapat Majlis makna atau natijah mana-mana surat cara atau akuan yang mewujudkan atau menyentuh mana-mana wakaf atau nazr adalah kabur atau tidak pasti, Majlis bolehlah merujukkan perkara itu kepada Jawatankuasa Fatwa bagi mendapatkan pendapatnya tentang makna dan natijah surat cara atau akuan itu, dan hendaklah bertindak menurut apa-apa pendapat yang diberikan sedemikian oleh Jawatankuasa Fatwa itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.