ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXVVII - PERKARA AM



Seksyen 209. Enggan mengangkat sumpah apabila dikehendaki oleh pegawai agama.

Barang siapa enggan mengikat dirinya dengan ikrar bagi menyatakan hal yang sebenarnya, apabila dikehendaki mengikat dirinya demikian, itu oleh seorang pegawai agama yang berkuasa di sisi undang-undang untuk menghendakinya berbuat demikian, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau dengan denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dengan kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.