ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXII - PERINTAH SEMENTARA MENGENAI HARTA



Seksyen 180. Perintah Perlindungan.

Mahkamah bolehlah atas permohonan mana-mana pihak membuat perintah sementara bagi maksud menyimpan mana-mana harta dalam perbicaraan, atau menjaga hak mana-mana pihak sementara menunggu perbicaraan atau memudahkan perbicaraan dalam prosiding, dan boleh membenarkan pindaan mana-mana prosiding atau membetulkan mana-mana kesalahan mengikut syarat-syarat yang patut. Mana-mana permohonan itu hendaklah dibuat secara lisan tetapi pihak yang terlibat dengannya diberi peluang untuk didengar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.