ENAKMEN 13 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 2002
BAHAGIAN XIII - PENYELESAIAN, PENARIKAN BALIK DAN PEMBERHENTIAN
Seksyen 98. Penarikan balik pembelaan.
Defendan boleh pada bila-bila masa dengan memberikan notis kepada plaintif menarik balik pembelaannya atau mana-mana bahagian daripadanya dan hendaklah, dalam keadaan itu, dihalang daripada membela prosiding itu atau mana-mana bahagian daripadanya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.