ENAKMEN 8 TAHUN 2004
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2004
BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Hadhanah atau Penjagaan Kanak-kanak
Seksyen 97. Had kuasa bagi penjaga yang dilantik oleh Mahkamah.
(1) Seseorang penjaga bagi harta seseorang kanak-kanak yang dilantik oleh Mahkamah tidak boleh, tanpa kebenaran Mahkamah-
(
a
) menjual, menggadaikan, menggadai janji, menukar, ataupun dengan cara lain melepaskan milik mana-mana harta alih atau harta tak alih kanak-kanak itu; atau
(
b
) memajakkan mana-mana tanah kepunyaan kanak-kanak itu selama tempoh lebih daripada satu tahun.
(2) Apa-apa pelupusan harta seseorang kanak-kanak yang dilakukan bersalahan dengan seksyen ini boleh ditetapkan sebagai tak sah, dan atas penetapan itu Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang pada pendapatnya perlu untuk mengembalikan harta yang dilupuskan itu kepada kanak-kanak itu.
(3) Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa perintah di bawah subseksyen (2) melainkan jika perlu atau baik bagi kepentingan kanak-kanak itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.