ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Prosedur Apil Jenayah



Seksyen 41. Prosedur perbicaraan.

(1) Apabila sesuatu apil dibicarakan, pihak yang membuat apil, jika dia hadir, hendaklah terdahulu didengar hujah-hujah menyokong apil, pihak yang menentang, jika dia hadir, hendaklah kemudiannya didengar hujah-hujah menentang, dan yang membuat apil adalah berhak membalas hujah yang terkemudian itu.

(2) Jika pihak yang membuat apil tidak hadir menyokong apilnya, Mahkamah Tinggi Syar'iah boleh menimbang apilnya dan boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkan sesuai, tetapi Mahkamah boleh enggan menimbang apil itu atau membuat apa-apa perintah dalam hal pihak yang membuat apil berada di luar kawasan bidangkuasa atau tidak hadir sendiri di hadapan Mahkamah bagi mematuhi sesuatu syarat yang dikenakan apabila dia dibenar jamin, kecuali atas apa-apa syarat yang difikirkan sesuai dikenakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.