ENAKMEN 12 TAHUN 1993
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN IX - PELBAGAI



Seksyen 26. Perkiraan bersaling dengan lain-lain negeri.

(1) Jika di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis Islam yang berkuatkuasa dalam Negeri-negeri yang disenaraikan dalam Jadual, Hakim Syariah atau Kadi telah mengeluarkan suatu saman menghendaki seseorang hadir sebagai saksi di hadapan sesuatu Mahkamah Syariah dalam Negeri-negeri itu dan orang itu dipercayai berada di Negeri Johor, Hakim Syariah boleh mengendorskan saman itu dengan meterai dan saman itu bolehlah disampaikan kepada orang itu seolah-olah saman itu dikeluarkan oleh sesuatu mahkamah di bawah peruntukan-peruntukan Enakmen ini.

(2) Jika di bawah peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis Islam yang berkuatkuasa dalam Negeri-negeri yang disenaraikan dalam Jadual, suatu saman terhadap seorang yang tertuduh dengan sesuatu kesalahan telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah atau Kadi Negeri-negeri itu dan orang itu dipercayai berada di Negeri Johor, Hakim Syariah boleh mengendorskan saman itu dengan meterai dan saman itu boleh disampaikan kepada orang yang tertuduh seolah-olah saman itu telah dikeluarkan oleh Mahkamah di bawah peruntukan-peruntukan Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.