ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN 'ADAT MELAYU PERAK



Seksyen 26. Penurunan kuasa dan tugas-tugas.

(1) Majlis boleh dengan ketetapan, dan tertakluk kepada keadaan tertentu dan sekatan sebagaimana Majlis fikirkan patut, menurunkan kuasa kepada Yang Dipertua atau Setiausaha atau kepada mana-mana jawatankuasa mengenai perlaksanaan mana-mana tugasnya atau perjalanan mana-mana kuasanya.

(2) Perlaksanaan tugas dan perjalanan kuasa mengikut penurunan kuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Majlis.

(3) Yang Dipertua, Setiausaha atau jawatankuasa hendaklah melapur kepada Majlis semua tindakan dan perkara yang dilakukan olehnya mengikut penurunan kuasa di bawah subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.