ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN III - KEWANGAN
AKAUN



Seksyen 47. Perbelanjaan Majlis.

Semua kos, caj dan perbelanjaan mentadbir harta modal dan aset yang terletak hak pada Majlis, termasuk kos penyelenggaraan dan pembaikan mana-mana harta tak alih, gaji dan elaun semua perkhidmatan Majlis dan fee dan elaun yang kena dibayar kepada mana-mana pegawai atau ahli Majlis berkenaan dengan perkhidmatannya sedemikian, hendaklah dibayar daripada harta dan aset Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.