ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXI - DARIHAL JAMINAN



Seksyen 189. Amaun jaminan.

(1) Amaun tiap-tiap jaminan yang dilaksanakan di bawah Bab ini hendaklah ditetapkan dengan mengambil kira hal-keadaan kes supaya mencukupi untuk menjamin kehadiran orang yang ditangkap itu, tetapi hendaklah tidak berlebihan.

(2) Mahkamah Tinggi Syariah boleh, di dalam mana-mana kes sama ada terdapat rayuan terhadap sabitan atau tidak, mengarahkan mana-mana orang dibenarkan dijamin atau jaminan yang diperlukan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis atau Mahkamah Rendah Syariah dikurang atau ditambah.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.